JALT2017 International Conference

JALT2017: Pengajaran Bahasa Dalam Zaman Global : Membentuk Bilik Darjah. Membentuk Dunia

Persidangan Tahunan Antarabangsa ke 43 tentang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, dan Pameran Alat dan Bahan Pendidikan
Pusat Kongre Antarabangsa Tsukuba, Tsukuba, Ibaraki, Jepun
17hb – 20hb November 2017

Jemputan untuk menghantar Proposal
Tarikh tutup penghantaran : Isnin, 13hb Februari, 2017 Pautan untuk penghantaran proposal: http://jalt.org/conference/submit Pengajaran Bahasa Dalam Zaman Global :
Membentuk Bilik Darjah. Membentuk Dunia
Tema untuk persidangan tahun ini ialah “Pengajaran Bahasa Dalam Zaman Global: Membentuk Bilik Darjah. Membentuk Dunia“. Persidangan ini akan membincangkan akan kepentingan kemahiran-kemahiran berbahasa dalam dunia yang saling berkait, kepelbagaian budaya, dan tugas penting pendidik dalam bilik darjah untuk mempersiapkan para pelajar supaya mereka mampu hidup dan berkembang maju dalam zaman global ini. Tema ini mengetengahkan akan perhubungan yang semakin rancak antara para pelajar dengan pelancong, pendatang, dan teman sekerja dari pelbagai pelusuk dunia, teknologi komunikasi baru yang mempertingkatkan pembelajaran bahasa rentas batasan negara, dan perlunya pendidik bahasa “berfikiran global, mengajar lokal”. Pihak Penganjur JALT2017 Louise Ohashi, Pengurus Program